Isnin, 16 Disember 2013

Fadilat Amal 03

Bismillahirrahmaanirrahiim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bab 3
Kitab Puasa

Hadis 1
Keutamaan Berpuasa

173. Dari Abu Hurairah r.a, ia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap amalan manusia akan digandakan pahalanya, satu amalan sepuluh sampai 700 kali. ALLAH SWT berfirman, ‘Kecuali pahala puasa, itu sesungguhnya milik-KU. Dan AKU akan memberi pahala baginya, dia tinggalkan syahwatnya, makannya hanya kerana AKU.’ Untuk orang puasa ada dua kesenangan; pertama, waktu berbuka, dan kedua, ketika bertemu Rabbnya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada minyak misik (dalam riwayat lain puasa merupakan pelindung, maka ketika berpuasa jangan saling mengejek. Kalau kamu diejek-ejek, maka katakanlah. ‘Aku sedang berpuasa.’)” [Hadis riwayat Bukhari: 1894, 1904, 5927, Muslim: 1151, Abu Dawud: 2326, Tirmidzi: 764 dan Ibnu Majah: 1691]

174. Dari Sahal bin Saad r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda:

“Sesungguhnya dalam Syurga ada satu pintu yang diberi nama Arra’yan, dimana yang menempatinya hanya orang yang berpuasa dan tidak ada orang lain yang melewati sebelumnya. Lalu dikatakan, ‘Mana orang-orang yang puasa?’ Maka orang-orang yang berpuasa itu masuk dari pintu itu. Kalau semua telah masuk, maka pintu tertutup sehingga tidak seorang pun memasukinya.” [Hadis riwayat Muslim: 1152, Bukhari: 1896, Nasa’i: 2239 dan Tirmidzi: 765]

175. Dari Abu Umamah r.a, ia berkata:

“Aku datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, perintahkanlah saya untuk satu perkara!’ Maka Rasulullah SAW berkata, ‘ Hendaklah kamu sentiasa berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu pahalanya tidak ada yang membandinginya.” [Hadis riwayat Nasa’i: 2222 dan Imam Ahmad: 5/249]

176. Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang memberi infak kepada kedua isterinya fisabilillah, maka ia akan dipanggil dari pintu Syurga, ‘Wahai Abdullah, ini adalah baik, maka barangsiapa ahli solat, akan dipanggil dari pintu solat, ahli jihad dari pintu jihad, ahli puasa dari pintu arra’yan, ahli sedekah dari pintu sedekah,’ maka Abu Bakar r.a berkata, ‘Saya tebus tuan dengan bapa dan ibuku, apakah seorang dipanggil dari semua pintu itu?’ Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Ya dan saya berharap kamu termasuk di dalamnya.” [Hadis riwayat Bukhari: 1897, Muslim: 1927 dan Nasa’i: 3137, 2441]

Semoga bermanfaat. Aamiin.

Sekian. Wassalam.