Jumaat, 16 Disember 2016

Fadilat Amal 06

Bismillahirrahmaanirrahiim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bab 6
Jihad

Hadis 1
Fadilat Berangkat Pagi dan Petang di Jalan ALLAH

417. Dari Anas Ibni Malik r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya berangkat pagi-pagi atau petang di jalan ALLAH SWT lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” [Hadis riwayat Bukhari: 2792, Muslim: 1880, Tirmidzi: 1651 dan Ibnu Majah: 2757]

418. Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya berangkat pagi-pagi atau petang hari di jalan ALLAH SWT lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” [Hadis riwayat Bukhari: 2793, Muslim, Tirmidzi: 1649 dan Ibnu Majah: 2755. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a dalam hadis yang sama]

419. Dari Sahal Ibni Said as-Sa’idi r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Sepagi atau sepetang di jalan ALLAH lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” [Hadis riwayat Muslim: 1881, Tirmidzi: 1664, Ibnu Majah: 2756 dan Nasa’i: 3120]

420. Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sepagi atau sepetang di jalan ALLAH lebih baik daripada semua yang tersinari matahari.” [Hadis riwayat Muslim: 1883 dan Nasa’i: 3121]

Semoga bermanfaat. Aamiin.

Sekian. Wassalam.